Kedudukan Bachok
Kedudukan Bachok – Bandar Pelancongan Islam berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Oleh kerana ianya terletak di kawasan pinggir pantai maka boleh dikatakan sebahagian besar kawasannya mempunyai permukaan bumi yang rendah dan rata dengan komposisi tanah jenis beris dan tanah liat.
Kawasan tanah rendah yang ditenggelami air terletak di daerah-daerah Repek dan Gunong. Tanah di kawasan ini dari jenis tanah masam kelat. Sungai Kemasin merupakan sungai utama dan cawangannya merintangi seluruh kawasan Majlis. Kawasan tanah tinggi adalah tanah bukit iaitu di Bukit Gunong.
Penduduk
Mengikut perangkaan tahun 2007, jumlah penduduk bagi kawasan Majlis Daerah Bachok ialah seramai 131, 753 orang.
Jadual 1: Keluasan Jajahan dan Daerah-daerah Bachok – Bandar Pelancongan Islam
Bil |
Daerah |
Keluasan (km2) |
1. |
Perupok |
17 |
2. |
Gunong |
57 |
3. |
Tanjong Pauh |
16 |
4. |
Mahligai |
19 |
5. |
Melawi |
41 |
6. |
Tawang |
40 |
7. |
Telong |
64 |
8. |
Bekelam |
24 |
Jumlah |
279 |
Sumber : Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan, 2006
Manakala jumlah penduduk di Jajahan (Daerah) Bachok – Bandar Pelancongan Islam pada tahun 2005 adalah seramai 126,796 orang, yang mana merupakan 8.42 peratus daripada jumlah penduduk negeri Kelantan. Dari jumlah itu, seramai 63,708 orang (50.24%) terdiri daripada lelaki dan 63,088 orang adalah perempuan. Agihan penduduk mengikut daerah adalah seperti Jadual 2 yang ditunjukkan dibawah
Jadual 2: Jumlah dan Peratusan Penduduk Mengikut Daerah
Bil |
Daerah |
Bil. Penduduk |
Peratus (%) |
1 |
Perupok |
18,856 |
14.87 |
2 |
Gunong |
23,349 |
18.42 |
3 |
Tanjong Pauh |
10,020 |
7.92 |
4 |
Mahligai |
10,417 |
8.21 |
5 |
Melawi |
16,732 |
13.19 |
6 |
Tawang |
27,019 |
21.32 |
7 |
Telong |
10,141 |
7.99 |
8 |
Bekelam |
10,262 |
8.08 |
Jumlah |
126,796 |
100 |
Sumber : Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan, 2005