1. KELAS ASAS KOMPUTER – 7/11/17
Kelas KDB dan Asas Komputer telah diadakan di bilik latihan pi1m melawi. Pada kali ini seramai 10 orang pelajar sekolah rendah yang menyertainya. Para pelajar telah didedahkan cara penggunaan internet yang betul, dan cara menggunakan peralatan computer.para ibu bapa sangat gembira apabila melihat anak – anak mereka mengisi masa cuti sekolah ini dengan perkara yang mendatangkan faedah.
2. KELAS SPA MUKA DAN BASIC MEKUP – 12/11/17
Di PI1M MELAWI kelas skin care sentiasa di adakan pada hujung minggu. Pada minggu ini seramai 5 orang wanita daripada komuniti setempat yang hadir untukmenyertai kelas tersebut.dalam kelas skincare ini para peserta diajar untuk menjaga kulit wajah dengan cara yang betul dan di samping itu juga diterapkan juga nilai – nilai keusahawan di dalam diri setiap peserta yang hadir.
3.PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI – 18/11/17
Program ini memberi pendedahan kepada pengunjung / komuniti setempat tentang fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia (Pi1m). Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti online grooming, suntingan imej, movie maker, pemeriksaan kesihatan, shoot produk, download aplikasi, kuiz kdb & tidak lupa juga cabutan bertuah. peserta yang hadir terdiri daripada kanak-kanak, belia, dewasa dan wanita. Antara aktiviti yang menarik minat pengunjung adalah bengkel kecantikan. Ini kerana, kebanyakan pengunjung yang hadir terdiri dari wanita dan belia wanita.
5. KELAS KEMAHIRAN KECANTIKAN & KEUSAHAWANAN – 24/11/17
Kelas usahawan ini menekankan tentang penjagaan kulit dan pemilihan produk serta penggunaan produk dengan cara yang betul.Manakala penggunaan aplikasi komputer untuk beriklan di media sosia juga di tekankan untuk lebih effectif dalam berniaga di media sosial.
6. KELAS KEUSAHAWANAN -29/11/17
Kelas keusahawana ict kepada belia telah diadakan di pi1m melawi pada 29 nov 2017. Seramai 1 orang belia yang terlibat. Peserta telah diajar untuk menggunakan microsoft publisher bagi membuat kad perniagaan,