mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Melawi

         Pusat Internet 1 Malaysia Melawi mula beroperasi pada tahun 2009 di alamat Tingkat 1 jalan jelawat , cabang 3 melawi, 13610 melawi bachok kelantan. Dulunya Pusat Internet 1 Malaysia Melawi di kenali sebagai PJK( pusat jalur lebar komuniti). Beroperasi di tingkat atas bangunan dari tahun 2009 hingga tahun penghujung tahun 2014. Sepanjang 5 tahun beroperasi di sini, telah banyak kelas dan aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya adalah kelas 1malaysia training ( kelas asas komputer, asas kepada internet dan email, kelas blog dan website, 1 citizen, KDB serta byk lagi. Manakala aktiviti bersama usahasama dengan usahawan dari jabatan perikanan dan Lembaga perikanan, juga banyak meninggalkan kesan yang positif kepada kami. Begitu juga usahasama dengan persatuan perniagaan peniaga kecil, persatuan usahawan warisan, kerjasama dengan bekas-bekas yang berhormat, CCRC , dan lain-lain usahasama lagi dalam membentuk komuniti celik IT serta Klik Dengan Bijak dalam pelbagai urusan sosial online mahupun perniagaan online.

       Pada 2015 Pusat Internet 1 Malaysia Melawi berpindah ke tepi jalan Utama cabang 3 melawi yang di bangunan 1 tingkat. Lokasi sekarang adalah berdekatan dengan sekolah kebangsaan Badak dan sekolah menengah Badak.