mcmc
Kisah KejayaanUncategorized

Q1 (1) 2025 KEUSAHAWANAN – NIK MUHAMMAD AIMAN BIN NIK JAAFAR

Usahawan Aircond & Pendawaian Elektrik

Nama : Nik Muhammad Aiman Bin Nik Jaafar
Umur : 24 tahun
Ahli   : 2019                                      

Latar belakang

Nik Muhammad Aiman Bin Nik Jaafar berasal dari Kg Pantai Melawi,16310 Bachok, kelantan. Berumur 24 tahun dan merupakan seorang belia yang baru menamatkan pengajian di IKM. Sejurus menamatkan pengajian di IKM, beliau memulakan perniagaan Penjualan dan Pemasangan Aircond beserta Pendawaian Elektrik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada awal Julai 2021, beliau menubuhkan syarikat dengan mendaftar syarikat di SSM dan diberi nama NIK ELECTRICAL ENTERPRISE. Beliau menjalankan perniagaan secara konvensional iaitu dari mulut ke mulut, dan pengedaran kad bisnes secara fizikal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada tahun 2022, beliau telah mengikuti beberapa kursus dan program latihan pemasaran perniagaan di NADI Melawi. Setelah itu, beliau mula mempelajari dengan lebih lanjut pemasaran secara online dengan mendaftar akaun Facebook dan Tiktok. Beliau kini telah berjaya menaikkan ramai pengikut di laman media sosial dan menerima banyak tempahan secara atas talian.